Para FoLLower

Sabtu, 29 Oktober 2011

Korea Wave!

Aku ingin engkauuuuuuuu slaluuuuuuuu  *mood jiwang sambil repeat lagu ni aje~

Oooowh, salam sejahtera kawan-kawan :)
Maaflah aku belum menyapu blog aku ni lagi, but maybe aku akan menyapu kejap lagi sebab aku dah kemas bilik aku yang bersemut ni. Nantikan! Tapi jangan menanti sangat, nanti ternanti-nanti plak, haha~

Kembali ke pangkal jalan, dipendekkan cite haritu aku ada program SIFE kat sekolah menengah ni. Then, during ada grouping ala-ala LDK (Latihan Dalam Kumpulan) kawan aku bukak lagu ni. Wah, aku rasa suka sangat! Dengan bahasa yang tidak difahami dinyanyikan oleh 13 lelaki jambu berbadan taff yang menjadi idaman hatiku yakni lagi Sorry2 SuJu, budak pompuan dengan lelaki menyanyi lagu dengan fasih sekali! Aku agak terkejut beruk walaupun muka aku macam teddy bear comel. Serious aku tidak menyangka perkara sebegitu.

Agak ternganga jugak dat time, memang korea wave dah terhempas kat Malaysia and IT sangat berleluasa. Woi budak asal ko advance sangat? Aku pon penah jugak tengok cite Korea masa Form 3, tapi takdelah sampai fanatik camtu. Time aku dah dapat berukband and lappy pon, aku belum kenal pon korea ni. Aku mula syok pon time aku dah masuk U ni, umo.. 1 2 3... 18tahun 8bulan aku anggarkan and mungkin lebih. 

Aku tak tahu, mungkin ini namanya masa. Alamak, sebut pasal masa teringat media masa. sebut media masa teringat plak assignment agama. Argh annoying!

Aku chow dulu, nak buat assignment kononnya. *padahal nak adjust tempat lappy, baring plak.

Gudnyte and sweet dream guyz!

Jumaat, 28 Oktober 2011

Sumpah dah berkulat blog aku ni !

Lalala, typing typing typing tak tau nak typing ape. Gile annoying, deym =.="


Ahh, yang penting sekarang ni aku tak reti-reti nak melawakan blog aku yang macam gedik semacam ni. Mungkin ini desebabkan hormon-hormon pink aku dah makin pudar dek cahaya matahari yang sangat menyinar. Makanya pink-pink lusuh la kalau gitu? Umpama gebo pink cecah dengan klorok menjadi pudarrrrrr. *Kurasakan pudar dalam hatiku, lalalalaaaaa. Ku rasakan aku tengah melalut!

Hmm, gaya tulisan ni macam familiar untuk aku. Owh, maybe sebab aku asyik baca blog terbangtinggitinggi n faiz si lembu. Sekarang aku tengah minggu stress, dengan bacaan yang boleh menyakitkan perut aku sampai masuk hospital Muadzam ni mungkin alternatif yang terbaik. Dapat MC then class babai. Membe aku cakap doktor cina kat situ ensem, dia kata boleh ngorat wiitwiit. Waaa aku ada chance untuk curang la gamaknya. Eh gamak tu apa? Yang pasti gamak tu bukan gamat hijau.

Dengan kadar rate yang semakin meninggi yakni assignment, tutorial, quiz pop2, midterm, interview. Ahhh, 50% kemungkinannya aku boleh masuk hospital tu jumpa doktor cine then borak-borak tak bagi ubat. Ingat lagi dia bagi pen macam picagari ada jarum tu soh isi borang membe sakit, seram ooo.



Kemungkinan sekali lagi aku cakapkan kat korang, kemungkinan aku ubah blog termasuk cara cakap aku. Wow, sangat sofistikated ye yiuuu. Hahaha!

Ok aku sakit pinggang, nanti aku update benda berilmu. Nyte n see u olls~

p/s > Hadooi, nak letak gamba apa pon aku tak tahu, mata stim ngantok sangat. 

Jumaat, 7 Oktober 2011

Dasar Pemalas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
wahai readers sekalian.

Lama aku menghilang. Dasar tak sedar diri yang tak reti nak menyedarkan diri betul la aku ni=.=" Well, lama tak blog, otak pon makin tepu. Yang boleh dikategorikan sebagai otak berkarat. Sehinggakan aku tak tau mana satu yang patut aku titik kan sentence aku, aiyoyo.

In this case, aku cube renovate sehabis mungkin blog aku ni. Dah berkurun sangat aku guna, umpama baju lusuh yang dah boleh wat kain lap dapur plak rasanya. So aku akan tukar setiap inci milimeter yang ada kat blog ni,  termasuklah nama sekali baju spender template and so on. Saya harap sume pembaca dapat bersabar ye wahai rakan-rakan sekalian. Oh sungguh sopan ayat saya dalam paragraph ini, miahaha!


Baiklah secara rasminya bahawa


Allright, nak survey identiti aku ni, love ya <3

Selasa, 23 Ogos 2011

Singgah Sebentar

Assalamualaikum w.b.t

Lama gila tak tengok blog. Apa haram jadah aku buat pon aku tak tahu. Hey Ladies and gentlemen, im back!!!!!!!!!!!!!! (buat sementara)

Haa, korang mesti pelikkan yang aku dah lama tak blogging. kalau aku blogging sekali sekala dalam seminggu tu takpe, ni hilang dalam.... er bape lama aku tak blogging  ye? about 2month+ ? Yaiks!! Gila lama jugak aku xblogging! Alaaa korang rindu aku tak time aku hilang 2bulan tu? rindu tak rindu tak?? Mesti la rindu, aku kan blogger belum kurang feymes lagi, hahah! Ni pon secara kebetulan aku singgah, tergerak hati katakannnnnnnnnn.

Ehem-ehem, selama aku menghilang ni, aku mencari  nafkah batin untuk diri aku sendiri. Yelaa, xlama lagi aku nak sambung blaja balik. Eh, korang tahu kan  pasal episode Foundation yang aku dok mengomel  dulu? Tahu kan? Tahu punyalah, bohong beno kalo ko tak tahu. Tak baik tipu di bulan puasa, kurang pahala nanti :)

Orait, jom men teka teki ngan aku. sape dapat teka aku blanje nak? hehe, blanje megi tomyam, amacam ok? huhu, xbest kan? Apa kata kan, aku bagi SPECIAL GIFT kepada yang dapat menjawab?? Haa, ok itu macam? No problem aaa. Sape dapat jawab tu la pemenang nya yaaa. 

wow, pinky present, i like ...

Lets start the hint okay? Mula-mula masuk serba hitam. Kemudian aku pakai uniform belang-belang merah, seluar dan tudung warna hitam pula.Tapi aku langsung tak penah pakai. Aku smart ala kasual, sentiasa pakai mekap mengalahkan retisssss. Buku, pen dan tray peneman diri. Sentiasa memberi senyuman tanda pengenalan diri. Aku nak  jawapan yang MEMUASKAN HATI aku yee. Sila komen kat bawah ni  tauuu.

Banyak jugak hint ni kan? Sape dapat teka ni konpom bertuah laa, hehe. Kita tengok yee my dear. Sape pembaca yang ingin membaca entry aku ni. jeng-jeng-jeng, ini sahaja kata-kataku pada entry kali ini, selamat tinggal  dear readers :)


Rabu, 8 Jun 2011

Esh, sape As dotdot ni?


(=.=")

Salam pagi buta rakan blogger sekalian dan anon yang belum ada anon =.="

Sorie la, permulaan yang sangat tidak bersemangat sebab mata aku dah macam panda. Aku lansung tak tidur tadi, pulun menghafal benda free. Apa yang free tu rasanya korang tau kot =.=" Ditambah lagi gosip tak semena-mena KONONnya aku itu ini =.="

Rakan, aku tense =.="
Aku macam nak sewel =.="

Aku nak tidur =.="

Tapi aku ada paper =.="

Sape nak tolong gantikan untuk aku =.="

Takde ke? Fine laa, bia aku jadik panda sorang-sorang kat dewan =.="

Anyway, aku nak cite pasal tajuk atas tu.

Ni haa, aku tak pasal-pasal dapat gosip tak semena-mena =.=" dah ada dua manusia tulis ni.


Diorang tibe-tibe cakap and comment bagi benda alah ni, aku konon-konon tak tau pasal ni weiyh. Sape dia ni? Makhluk asing? Teddy bear? Prince? PlayUNSA? Putera katak? Pari-pari gigi? Or insan biasa macam aku?

Err, ntah. Aku sendiri tak tau siapa dia ni, kononnya. Kawan-kawan, siyes aku tak kenal siapa dia ni. Janganlah buli aku lagi, aku siyes konon-konon tak kenal dia. Kenapa korang mendesak sangat membuat sebegitu, aku jadi makin terdesak untuk lap hingus kat starfish aku okay T____T
  
 Kalau wujud mamat tu and then dia perasan dek gosip atas ni, mesti aku sangat takut okay. Aku sangat segan and then aku MALU TAHAP GABAN nak NGADAP muka dia nanti okay. Bukan setakat dia je, membe-membe dia pon aku segan. Korang perasan tak aku berjantina perempuan? Kalau perempuan mostly SEGAN okay. Janganlah buat camni lagi ye kawan-kawan? Sedih saya tauuuuuuuu T________T Saya takut nak ngadap muka dia nanti T________T

Anyway, dah pukul 7, nak mandi segarkan badan. Badan aku stress okay. Nak sambung final resort aku ni, papai and salam. Wish me luck ye kawan-kawan T________T

Selasa, 7 Jun 2011

Kenangan Chocolate

Hye semua ^^, !

Aku dah habis paper Finance aku tadi, and aku sangatlah gembira sebab aku takkan mengadap nombor-nombor yang sangat pelik lagi penuh dengan liku financialnya. Tapi tak bermakna kalau aku belum ngadap paper lain lagi, yang penting semua kebanyakkan menghafal, baru lega sikit.

Anyway, dah la aku tengah lapar, sekali aku ternampak entry pasal chocolate Cadburry, arghh. Perut telah memberontak suruh beli chocolate plak, perut bunyi macam nga ngidam chocolate satu lori pon ade. Nasib membe aku tak terjaga dek bunyi perut aku bervolume 100% ni =.="

 Dalam tengah drooling sampai ke lantai, teringat zaman sekolah menengah aku weh. Zaman kegemilangan rajin mengepau budak junior &abang hensome soh belikan chocolate. Haha jahat kan aku? Takde jahat mana pon right :P


Hmm, korang penah dapat chocolate tak? Dari insan istimewa atau pon dari secret admire korang? Ada ada? Kalau dapat tu mesti sweeeeeeeeeeeet kan? Aku tak penah dapat chocolate dari secret admire, aku jelez dengan korang. Erk, terkantoi plak aku penah ada secret admire. Ahh abaikan. Aku just dapat chocolate when aku tuntut atau mintak je kot. Im sooo jelez! Takde sape nak bagi aku chocolate ke, xde mahal mana pon, chocolate cadburry yang besar-besar pon jadiklah T_____T


Owh teringin nak makan chocolate dengan minum susu penuh krim la weiyh. Kalau korang amalkan benda ni setiap hari, berita baik ya. Anda akan mengalami masalah gusi, berat badan berlebihan, tulang tiba-tiba kuat, and whatsoever yang berkaitan dengannya. Kalau fikir secara kritis and out of the box, sakit gigi ada kemungkinan boleh jumpa doktor gigi yang sangat hensem and lawa-lawa gittuw. But depends pada luck andalah, nak luck pegi cari daun clover kat ntah mana-mana tu. Kalau jumpa bagi aku okay :D

Erk, perut aku dah bunyi macam rimau la, nanti aku sambung lagi ye. Papai and love ya, doakan aku jumpa chocolate cadburry freeee :(

Isnin, 6 Jun 2011

Romantik Kononnya

Assalamualaikum follower,

sempena untuk mereleasekan tension aku selepas berjam-jam aku dok kat kerusi mengadap Finance, dengan ada tukang spoiler petang aku, makin semangat aku ada idea nak buat something.
Perkara ni kira baru jugaklah berlaku, baru petang tadi time aku tengah meluruskan tulang belakang aku yang dah bengkok macam paip S. Aku cite one by one yee, saba sat.

FIRST

 This time tengah lepak dalam rumah sambil melayan suasana yang relax sambil dengar suara kanak-kanak riang. Owh riangnya suasana ketika itu.

SECOND
 Sekali, ada orang buat babak lakonan romantik konon-konon kat tanah jajahan aku, macam tu jugaklah situasinya. Semua terdiam, sepi dan menyepi. Umpama tiada seorang pon manusia didunia ini kecuali mereka.


 THIRD

 "Ko nak buat babak romantik time kitorang nak blah ke ape?" Kata aku dengan rakan serumah aku. Lepas tu timbullah topik pasal tadi, sambil tu potpet potpet pasal korea.

Pesanan aku yang tadi tu, 

Nak buat depan-depanlah, kat FC ke, baru drama sikit. Ko pikir romantik la tu jerit-jerit ILAVYOU, poodah! Spoiler mood aku je ok =.="
 
 Puas dah aku bebel. Dah, aku nak mandi whatsoever, lapar gila weiyh. 
 Papai and love ya!

Ahad, 5 Jun 2011

Abang Gambit Mintak Maaf :3

Hey you all!

Aku typing ni kejap ke, coz nak fokus pada study. Anyway, ni aku baru je dapat tau Abang Gambit dah mintak maaf pasal MV and kekasaran bahasa dia tu.


Nak tau lebih lanjut, pegi check kat Oh! Artis

Allright. datz all readers, wish me luck tomorrow, love ya!


p/s : Alhamdulillah :)

Sabtu, 4 Jun 2011

Gambit Saifullah ?

Assalamualaikum all,


malam-malam buta aku dah bangun ek? Mane taknya, aku membuta dari maghrib tadi sampai pukul 3, memang taklah nak tidur balik. Aku tertidur ada sebab okay, and aku takkan bagitau korang, cheit -..-"


So, topik yang biasa kita dengar sekarang ialah abang gambit kita ni memaki-maki orang yang komen habis pasal MV beliau yang terbaru tapi tak berapa nak barulah. Baru ke? Ntah, mana aku amik port sangat. Dia cakap mostly blogger yang komen habis, really? Ooo, do i care -..-"


Aku pon ada komen jugak yang orang dok share-share tu, memang sumpah annoying+pedas jugaklah maksudnya. Ayat aku memang no tapis-tapis okay, nama pon comment aku pon comment. My first impression memang arrgh, erotik ke ape? Memang gelemanlah aku cakap. Deym ewww gila.


Lepas tu tersebarlah lagi pasal producer MV ni, yang konpomnya GAMBIT SAIFULLAH dah mengamuk habis. Habis ke? Tak tak tak, status annoying sahaja kat twitter. But sungguh annoying okay. Ada ke patut cakap menyalak? Cakap baik sikit la brader, brader tu orang ternama, feymes ames habis. Kalau brader cakap elok-elok konpom kami respect balik.


And untuk komen yang lain pasal MV tu, hmm. MV tu sangat cun videonya, guy dalam tu pon hensem, lagu pon sedap. Tapiiiiiiiii, kenapa perlakuannya sedikit lucah, macam penari erotik yang aku selalu tengok dalam CSI tu weiyh? Siyes aku anti habis pasal tu dowh. I don't like it -.-" Even pasal suami isteri sekalipon, even mereka suami isteri pon, yang real pon tak tunjuk macam tu okay.


Then aku ada jumpa pasal komentar bengong ni, nie dia aku copy n paste:


Apalah menggelabahnya rakyat Malaysia ni... lu orang bajet suci, tak tengok benda-benda macam ni.. Malaysia ni negara beradab lah... semua tu lancau... pergi taman paling open pun, couple rilek je comolot... tgok history laptop/pc korang.. semua website porn jugak.. tak payah nak menyalak... kalau korng tak support, takkan naik video klip dia... lama-lama senyap.. rilek-rilek sudah... tahi...
Cheit, aku benci gila orang camni weiyh. Dia dengan sedapnya cakap camtu ek, selama aku pegi taman, xpenah aku jumpa orang comolot open-open. Gila deym habis dowh, kalau jumpa nak JUGAK LEMPANG-LEMPANG orang camtu. Maknanya selama ni orang lain comolot buat muka toye je la??


And guess what, i found out that >>


PEOPLE > WALL > FANPAGE > BLOGGER > FOLLOWER AKU

Hah kau, sekali kecik nya dunia ni weiyh. Dari yang beriban-riban aku jumpa pakcik ni, aku nak hempok ko boleh tak? Aku siap hantar mesej lagi kat facebook, kasi sedikit 'sound' kat pakcik ni. Kalau tak sedar memang ergh! I hate you very very much -.-

Balik kepada topik abang gambit, haish hensem mamat ni weiyh. Sayang, kalau dia buat ala-ala Nur Kasih aku sokong. Sebab kualiti video dia bagus kot, kalau dia come up with it insyaALLAH kuranglah sikit orang blogger hentam abang gambit ni. And aku akan respect habis kot, sebab aku suka MV macam tu. 

Dear abang gambit, rileks r nama pon dunia ARTIS & FAN. Jangan pakai hentam nak memarahkan orang lain, dalam orang-orang komen macam cibai tu amik iktibar sahaja. Aku pon amik iktibar jugak, takkan bagi komen yang mengandungi perasaan HABIS macam tu lagi. Aku cakap camni sebab ko bayangkanlah hasil penat lelah buat MV ni, engat senang ke? Dalam mengharapkan dapat espectation yang memberangsangkan, sekali terbalik plak maksud dunia tu. Kalau aku dah menangis atas katil sambil peluk star pink aku sebab orang dok kutuk hasil usaha aku, penat woo. Even assignment pon aku penat okay. Aku jiwa pompuan yang lemah, memang nangis okay. Plus aku respect dia yang tang satu ni, dia steady habis dowh.But dalam steady-steady dia kutuk orang naa. Cheit yang itu -.-"

 Fiuh, dah la ni. habis sudah komentar aku ni. Ini memang pendapat aku and claim aku and opinion aku, sape nak argue mai la ke komen aku yee. Kita argue time tu jugak, meh la meh la! *muka bengis macam street fighter 

Okay love ya! aku nak study kononnya -.-"

Happy 100Follower, Sad JGS

Assalamualaikum all,

Speaking English time!!

Well, its been  a long time i aint type in english flow. Quite hard for me, but i'll try okay my bestie ^^, ! Anyway, there are two things that make me feel so thrill and happy! What is it? Well,....

Number 1

I already achieve my target as a newbie blogger!! 

 Number 2

 even i wasn't there, BUT! i already ask my parents to go to KLCC for the autograph! And they did!!

Aww, i really hope i could get oppa autograph. Anyway, im already too thrill when he came to MALAYSIA. Oppa, enjoy your day okay. What about take a taste of 'roti salai' just like 2AM. They say its delicious! Anyway, happy blogging all ^^,

Commenter: please comment in english if you dare, haha XD
Love ya!


Jumaat, 3 Jun 2011

Segmen Seminggu 100 Follower

 Assalamualaikum friends!

Saje menggatal, ternampak something lagi <3 Owner blog cakap dia akan promote 100 blog dalam seminggu je. Wah hebak tak? Mai r join ;)


nak tau klik banner ok <3

kalau aku nampak lagi maybe... er, hehehe (._.")

love ya!

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO

Assalamualaikum,

tangan gatal nak buat satu entry ni, jap eaaaaaa. Bagi menggantikan enttry formspring yang entah hape-hape je tu, gila malu aku weh -.-"


nak join klik sini :)
  


SAYA SUKA BLOG ABG BEN kerana Abg ben cooooooool gila okay :D

The end *pendek je sebab nak cover dari membe n entry kaki tu -.-"


Khamis, 2 Jun 2011

Rabu, 1 Jun 2011

Exam Minggu Depan?

Salam pagi buta all,

Bukak blog malam-malam ni mesti study hardkan? Biasalah aku suka FACE the BOOK okeiyh? Confirm dapat 4plat punya, no worries -.-"

 Skarang mostly budak IPTA tengah cuti sem right? Ada yang cuti 3-4 bulan, ada yang cuti 2-3 minggu, ada yang konon cuti pon ada. Biasalah kan yang konon cuti tu banyak duit, so dia memang takde hal punya. Tapi membazir right? Apa kata yang suka membazir tu bagi duit kat aku, ko bagi duit kat aku confirm takkan bazir, macam-macam benda aku boleh buat yaaw.

Melalut dah sudah, sekarang aku nak citer skit pasal exam, SIKIT sahaja okay. Right now skarang aku agak addict dengan lappy dan juga blog tersayang aku nie, agak kritikal dowh, maybe lepas ni aku nak mangga beg aku takpon aku sewa kat budak junior aku yang berkesempitan duit tu agar aku tak pegang lappy ini dengan sementara waktunya. Nama pon nak final, lagi seminggu je kot, langsung tak dedo pape, gila ah aku ni -..-


So, izinkan saya tidak menaip entry baru untuk beberapa hari sebab aku nak fokus pada final aku. Aku insan lemah yang kene struggle, datz why aku kena struggle. Bape kali aa aku cakap struggle ni, esh =.=
ada 4 paper je, wa kene pulun sampai mata panda!


So, di kesempatan ini, doakanlah aku yang terbaik dan terlebih baik for final aku ni. Dah sudah asasi ni boleh lompat ke degree. Ngee, men lompat katak best gak ni, muka terus tercium ngan kaki wangi, haha XD

Ok dah melalut sangat, bye-bye and love ya!





 

Isnin, 30 Mei 2011

Gamba Ayeem

Assalamualaikum,

Im back again, tadi aku BW then nampak entry best semacam, dia guna flash tu, memang aku pon main-main pakaikan bajulah, aku kan suke benda comel, Nah hasil seni FASHION untuk dikau!

Ayeem suka kan camni? Owh jap lagi nak g tandas, perut tibe2 terasa macam butterfly in stomach, papai :P 

1st Giveaway by RedRidingBow

Assalamualaikum,

bangun-bangun je terus ngadap laptop, mane taknya aku punya lilin tu dah cair nak mammm, nyaris nak terbako kot! Kalau aku tak letak cawan berkualliti tinggi or cawan pelestik, wallahua'lam. Dahlah aku punya meja tu penuh dengan benda FLAMMABLE. Tak taulah apa yang akan terjadi, alhamdulillah aku masih bernafas dengan aroma lilin aku, thankslah lilin -.-"

Untuk menghilangkan rasa menyampah melampau aku, aku join GA ni untuk mereleasekan tense aku, aku mencik sama lu lilin aroma!




Ni hadiah comel tu, aku tengok bertambah geram sangat-sangat. especially the yellow one!



linky winky this pic

 1,2,3 patah perkataan dari cik RRB:

1. Put this picture on your blog and write a entry bout this giveaway.. senang aje!
Title of your entry "1st Giveaway by RedRidingBow"

2. Be my follower and "Like" RedRidingBow Facebook Page.

3. Put RedRidingBow's link on your blog and copy RRB's banner below on your sidebar.
This is optional je.. but if you do this, i'll automatically double your entry for this GA!

redridingbow.blogspot.com



4. xder blog? you still can join this GA. All you have to do is.. upload 1st GA pic on your FB's wall don't forget to put a link to this GA. Then publish your post to everyone. Jgn lupa.. everyone yer..Please choose 'Everyone' option, so  RRB pon bole tengok post tuh =)

5. All setel?  come back to RRB's blog and leave a comment + link of your entry.

6. Pencarian 2 pemenang bertuah GA akan berjalan sebulan.. Starting from today May 9,2011 until June 9,2011. 2 Winners will be selected randomly by Random.org 

Even kemustahilan tu ada, hope dapat jadik pemenangnya, and b a lucky number, im hope -.- Fiuh, hilang pon rasa menyampah aku kat lilin aroma tu, huff-huff -..-

Datz all, love ya!

Fashion? Er...

Assalamualaikum,


Baru  je baca entry fatin liyana. Wah, deym superb weiyh. Apa yang superb pon aku tak tahulah, apa yang aku tahu? Tak tahu? Ntah aku pon tak tahu apa yang aku melalut nie -.-


Bila sebut-sebut pasal fashion ni, mostly yang bergender FEMALE paling ketara right? Ah, kau cakap camne pon, ko google image macam-macam gamba keluar weiyh. Dari gamba berkaler-kaler, mak rusa, separuh nude fashion and ntah mende alah pon aku tak tahulah. Itu baru yang preee hair maa.


Kalau yang muslimah, banyaklah aku cakap weiyh. Macam-macam pesen ada. Sekarang musim shawl. Dari berkaler-kaler sampai la bentuk daun pon, ia tetap dipanggil FASHION. Iya FASHIOIN. Aku tengok kat blogshop yang jual shawl nak-nak lagi macam daun, habis. Betapa dasyatnya penangan FASHION ni. Aku google kejap tadi pon dah serem semacam, in reality... aku jeling je sebab extravaganza sangat orang tu. Agaknya kalau model for muslimah, pakaikan daun pisang pon adakah dipanggil FASHION juga?

FL tadi ada type tentang tapered and harem pants tu. Aku yang dungu ni membuat assumption pelik tentang harem pants tu, adakah seluar tu haram or what? Aku dengan innocentnya google image pasal pants tu, and rupanya yang minah saleh selalu pakai macam arabia gitu. pants aladdin senang citenya. Aku selalu pakai jeans yang selalu kene lipat, pendek katakan -.- Ooo FASHION, kau sangat menyeramkan aku sebab aku baru tahu, tu tandanya bumi makin laju berputar tanpa sedar. Siyes serem -.-

Baju pon apa kurangnya. Er tak tau nak cite ape sangat sebab aku pakai men sarung baju yang bernama T-shirt. Dress comel or what so ever kat umah tu dah bersawang dah, hope still in good condition lagi. Tapii kan, ramai prefer yang baju adek or sendatkan? Aku pon ade baju sendat and baju adek, tapi pakai with cardigan or vest la. Kalau lelaki tengok camne r perasaan diorang? Kan ramai dah pakai baju kecik ni, adakah diorang dah lali atau cuci mata meneka saiz apa dan apa? Ayat aku memang innocent sungguh.

Alamak, pikir nak type kejap je tapi ada paper terbengkalai plak sebelah aku ni, padahal nak final. Ish, doakan aku dapat mengawal nafsu serakah aku terhadap blog. Owh aku tak nak repeat maa, aku mencik -.-" 


l Hug ang kisses, love ya!



 



Ahad, 29 Mei 2011

CONTEST FRIENDS FOREVER

salam readers! malam2 buta dah buat entry, pasal contest plak tu.

Aku dapat seru ni pon sebab kene tag oleh cik manis membe aku yang semangat join contest ni, tengok dashboard aku lagi seram. 2 orang join contest macam nak gila, yeke? Sorang je kot, yang lagi satu bakal menjadi hantu contest. Sure tak tipu, ko tengok la dashboard aku... Er, dashboard kene bagi email ngan password right? Kasi aku kerongsang lawa-lawa baru aku bagi. Macam tu je trade barter aku kan? Agak kritikal aku ni, miahaha XD Nah contest dia :


Nak join? Klik sini.. eh sini.. tak laa sini :)



Cara-cara untuk join:

1) Buat satu entry bertajuk: CONTEST FRIENDS FOREVER
2) Letak banner kat atas tu dan link kan ke entry ini
3) Letak gambar korang bersama rakan-rakan korang. Gambar paling memberi kenangan untuk korang. Cerita la sikit dalam 2 3 ayat.
4) Tag 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu. (Follow aku jika anda nak up-to-date dengan contest ni, tak paksa follow)
5) Letak juga gambar baju yang korang like tu dan link ke facebook DROPLET HOUSE.

Kalau ada yang belum faham, bleh klik SINI untuk tgk contoh entry.


Tarikh Tutup: 19 Jun 2011 (Ahad), 11.59 malam

Kau orang nampak tak tuh syarat-syarat dia?  Okay, 1st aku nak letak gambar yang aku nak pertaruhkan. Ni gamba edit zaman lepasan sekolah, siap tag kat FB, nah :

 aku suke gila gamba ni weiyh!
 
Ni gamba masa form 5 at 2009. Masa ni ada ceramah rasaya, kalau tak takde maknanya pakai borea macam ni. Ni baru lepas menternak lemak satu pinggan beso gedabak nak mam. Dah sudah mesti la pic okay, zaman pic katakan. Cuba korang teliti gamba ni betol-betol, yang depan-depan dah syun habis especially ratu peace area center, bangga sekejap ^..^ yang dok kat kerusi gila lawak weiyh. Dari kiri, nab sedang membetulkan tudung, tengah mar sedang mengenyangkan diri selepas habis 1pinggan beso gedabak, kanan err sleeping beauty rasanya, right not? Haha. Gila lawak gamba ni, dapat hit banyak kot dalam fb, comment bersepah habis. kehkehkeh.
 
Aku nak tag korang, teringin nak tau sejarah kamu camne, do join in okay! :
 
kak janna tu same sekolah ngan aku dulu, cakap macam nak tumpang glamer, geli mak naaa :3

Credit to miera ishak sebab ajak aku join sekaki even aku ada kelas esok. Oh tak lupa jugak sebab aku copy paste serba tentang term. Malas nak typing macam-macam la cik adek, janji aku dah credit kat lu.

Dia kata ada present, like salah satu katanya. aku pilih ni <3

Dah dah dah! Argh penat, teringin nak join lagi satu tapi kalau aku typing macam hapee dah. sebelum jangkitan ni merebak aku chow dulu, nyte n love ya! salam.
 
p/s: aku nak menang!!!!!!
 
 

Sabtu, 28 Mei 2011

Aku Bila 6tahun akan datang

Salam again my dear readers!


tangan asyik nak menggatal, macam nak typing something about korean drama yang aku baru tengok habis haritu. Oh sekarang amat kritikal aku ni ye? korean wave la nie, menggila aku. Deym sangat-sangat. Whatever, aku kene kawal nafsu serakah korea aku, sila amik nafas dalam-dalam ye kakak abang adek sayang. Kembang kempis Fuuuuuuh! Ok lega sekarang? Ada ok?  Bagus-bagus keep it up *clap hand. 

Haa, nampak tajuk entry aku yang kat atas tu, Aku bila 6tahun akan datang. Wah, menarik sungguh tajuk sebegitu ye kawan-kawan. Actually, kawan aku yang tag. So untuk menyedapkan hati dia kononnya. Aku pon miang gak nak buat.

So, 6tahun akan datang. selalunya yang paling ketara ape ye? mostly fizikal right or tangible thing. emm, maybee:
faces
pekerjaan
love
style

klau faces, urm. xberapa nak berubah sangat kot, aku depends pada sekeliling and suasana and mood kot. kalau aku malas, serabai macam mak orang lepas pantang r. kalau aku rajin, ada la kot orang nak pinang nanti*perasan. Make-up yang tukang peranannya, bab tu lawa :P

so kalau pekerjaan plak, emm nak kata belajar, aku habis degree around 22 kot. ceh, cakap degree padahal masih program foundation lagi, aku sungguh perasan right? sekarang 19, err, aku keje. kutip pengalaman kejap, kot-kot sambung master insyaAllah. ada ek perkataan kot? kritikal malah xyakin aku ni, ada gak kene babab diri sendiri -..-"
love? 6tahun akan datang? aku pikir habis degree selang setahun, terus nak tunang. aku dah malas nak carik sendiri, biarlah parents aku yang carikkan, senang skit hidup aku ni. takpon mintak itu ini kot-kot dapat, ngehngehngeh. mintak macam mintak belikan tudung je aku ni, ish3 kritikal. Lantaklah, yang penting cukup pakej untuk aku masuk syurga dah. 

style? eer, makin tebal make-up kot coz muka berkedut macam kain sekolah berkedut. berlapis-lapis malah macam hamtu kak limah kot. and maybe pakaian bese-bese je kot, aku bukan fashionista yang berkaler-kaler habis. aku mostly monotone je, pemalas katakan, untung laki masa depan aku dapat orang pemalas macam aku, haha :P

k lah, maybe setakat ini je kot imaginasi aku yang xberapa nak tinggi ni coz aku tengah mood malas. ish masih sebut malas makin bertambah malas nak type. aduuh, nak try selendang baru beli ni, melaram depan webcam, miaaw!

tarata n salam, love ya! :)
  

Jumaat, 27 Mei 2011

You're Beautiful

 Salam and selamat pagi semua, aku bangun pagi dengan gembira nya hari ni ^^,


Apahal la pagi-pagi dah muke gembira macam kera dapat pisang ni, adei. Mimpi indahlah semalam, sebab tu aku happy gila okay. Ngee :D


Emm, nak tanya korang, penah tak tengok cite you're beautiful korean drama? Korean mania mesti dah tengok kan kebanyakannya right? Aku baru tengok sebab aku tertengok time membe aku tengah layan cite nie la, aku takdelah mania sangat bab korea ni, kalau aku mania pon suam-suam kuku je kot, minat sekejap macam orang gila then senyappppp plak. Ngade betol aku ni, terasa plak korea mania ni nanti.


Aku cite skit sipnosis dia ya, cite ni mengisahkan seorang bakal nun yang clumsy, Go mi Nyu yang menyamar menjadi abang kembarnya, Go mi Nam, join band yang amat feymes ames A.N.JELL untuk sementara waktu kerana abangnya mengalami sedikit masalah dalam pembedahan. Namun, mampukah dia menyimpan rahsia dia dikalangan 3 lelaki yang sangat kacak ni terutama sekali leader yang amat cerewet sekali? Tunggu dan download la cite ni kat mana :p


Haha, tak berapa nak reti nak sipnosis kan sangat, tapi itu la cite yang mampu aku summarize kan sedikit, ngehngehngeh. Jom layan gamba spoiler ni jap, best woo :p

 aku buat wallapper ok, gila sweet time nie!
 
 fan meeting bersama-sama, argh aku nak camtu :3

 my dear star, can you hug me even you hate me?

 aku gila frust tengok oppa hensem ni di... ops :p


Haa, ni jelah yang aku nak citer, gila best, baik laki atau pompuan, kalau rasa nak melayan sedikit kebengongan layan lah ni, aku siap ketawa op koslah kan, marah-marah, buat-buat comel depan lappy*gile, nangis berjurai weh*malam je, siang susah skit. Macam-macam la kan, oh happy la dear, macam orang gila aku cakap tapi puas. ada 16 episod n 1episod mostly 1jam. aku marathon dowh semalam, gembira x gembira kan dalam 16jam? ngehngehngeh. (padahal nak final).

Oklah, tu je kot aku nak citer, membe aku nga ngemas sebab rumah bersepah dengan habuk, so nak menyapu, papai n love ya! Do enjoy ok ;)




Cari Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...